Mayat bayi separuh terbakar dijumpai di asrama UiTM



KUALA TERENGGANU: Seorang tukang sapu terkejut besar apabila menjumpai satu mayat bayi yang separuh terbakar di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri, Supt K. Manoharan berkata berdasarkan keadaan fizikalnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan.

Tukang sampah berkenaan katanya, menjumpai bayi itu ketika sedang membakar sampah di kawasan tersebut.

Katanya jantina bayi itu belum dipastikan dan tali pusatnya masih melekat di badan.

“Setelah mendapati sampah di kawasan itu tidak terbakar sepenuhnya, tukang sapu terbabit telah menguis sampah di situ dan terkejut apabila menemui mayat seorang bayi di celah timbunan sampah itu,” katanya.

Tukang sapu lelaki itu kemudian membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati bayi itu lahir cukup bulan dan sempurna.

Manoharan berkata bayi itu dipercayai terbakar semasa tukang sapu itu membakar timbunan sampah sejak petang semalam.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.




..::LAKNATULLAH PADA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, MOGA DIBERI KESEMPATAN UNTUK BERTAUBAT::..
wallahualam...

0 comments:


Related Posts with Thumbnails