Allahu Akbar..Alhamdulilah, dengan izinNya ana kembali menulis diblog ini. Hampir setahun tidak update blog ini. Syukur alhamdulilah,setelah membaca majalah solusi edisi 36,kini hati ini benar-benar terpanggil untuk membuat satu coretan yang diharapkan dapat dikongsi bersama sahabat sekalian. Apa yang menariknya tentang entry kali ini sehingga ana bersungguh-sungguh ingin berkongsi?? Ianya tak lain tak bukan tentang sesuatu yang pasti iaitu kehidupan disyurga kelak.
“Jangan meninggal dunia sebelum memastikan kita ada kediaman yang selesa untuk menetap di sana”
Allahu Akbar..Sebaris ayat di atas benar-benar terkesan dihati ana. Macam mana kalau nyawa ana ditarik sekarang?? Ya Allah, ana tak sempat nak bina mahligai yang indah di sana. Disana, kediaman mereka yang solehah dan soleh tentulah cantik2 belaka..rumah ana pula bagaimana?? Cukup sekadar untuk berteduh?? Tak kan ana nak tinggal dalam rumah sedemikian untuk selama-lamanya. Kalau kat dunia ni tak mengapa lagi sebab ianya sementara. Tapi di sana kekal abadi..bukan sehingga akhir hayat..tapi untuk selama-lamanya.Sebenarnya, tidak sukar untuk memiliki mahligai yang indah disana nanti duhai sahabat2 sekalian...
Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Baginda Nabi S.A.W berlalu melintasi Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim bertanya : “Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?” Jibrail menjawab:”Ini Muhammad.” Nabi Ibrahim lalu berkata :”Wahai Muhammad,perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok disyurga. Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas.” Nabi S.A.W bertanya:”Bagaimanakah menanam pokok-pokok disyurga? Nabi Ibrahim menjawab : ”Ucapkan kalimat ‘la hawla wa la quwwata illa billah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.
Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah yang berbakti. Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan kediaman tersebut. Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah disyurga, dia boleh menempahnya dari sekarang. Harga yang diminta bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, akan tetapi amal soleh dan zikir yang kita lakukan. Amalan inilah yang akan menjadi bahan bagi pembinaan rumah-rumah disyurga.
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:”Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti maka berhentilah juga malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila mereka ditanyakan:”Mengapa kamu berhenti bekerja?” Mereka menjawab :”Kami sedang menunggu bahan-bahannya.” Pada saat ini, semua para malaikat tengah giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
Ibn Rajab al-Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata:”Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu disyurga.Rumah itu diberi nama “Villa Kebahagiaan” (Daral-Surur). Kami telah membina dengan menghiasinya dengan sangat indah.Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan serpurna dibina.” Tujuh hari kemudian,orang yang soleh itu meninggal dunia.
Hadis ini dan beberapa hadis yang lain menyatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.Menurut ramai ulama,makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu. Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah:”Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih,tahlil dan bacaan al-quran.”
Dengan demikian : “Jangan meninggal dunia dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami diakhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Sebab kehidupan akhirat kekal abadi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal dalam ketidakselesaan.”
Untuk itu, marilah kita memperbanyak ibadah sunnah dan zikir.Setiap kali mengucapkan tasbih, pada hakikatnya kita sedang menanam sebuah pokok ditaman syurga. Semakin banyak zikir yang kita ucapkan, semakin hijau dan rending taman-taman tersebut.
Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita untuk berzikir menyebut namaNya agar semakin indah dan hijau kediaman kita di syurga abadi kelak. Amin ya Rabal-‘alamin..