Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje....
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah , yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam , padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo , gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
Pemuda : ayarkkkkkkkkkkkkk....... *-*
Read More......

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakkan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan "sakaratul maut"

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :"hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar berdiam diri,jangan berkata apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama islam kita wajib menghormati azan kerana banyak fadilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri???


Lantas siapa yang berkata ketika azan maka Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah syahadah, yang mana siapa yg dapat mengucap kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinnya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah sama-sama kita meng hormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut...

SUCIKANLAH 4 HAL DENGAN 4 PERKARA
-wajah dengan linangan air mata keinsafan
-lidah basah dengan zikrullah kepada pencipta
-hatimu takut dan gementar dengan kehebatan rabbmu
-dosa dengan taubat kepada dzat yang memilikimu.. ...
ALLAHUALAM....
Read More......



Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"


Atuk : "Beres .. !!"


Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?


Read More......


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...


SIAPA LAGI JAHAT

syaitan kacau manusia sahaja bukan kaumnya atau makhluk lain
tapi manusia kacau manusia dan makhluk lain

syaitan ingkar perintah Allah untuk sujud sekali saja tu pun dah kene laknat oleh Allah
tapi manusia tak sujud pada Allah dan dia boleh buat selamber aje

syaitan takut dan xsuke bila manusia buat baik
tapimanusia akan kata orang yang buat baik nie kolot dan hasut utk buat jahat

syaitan berani hasut manusia pun setelah minta izin dari Allah
tapi manusia berani buat benda yang dah terang2 Allah larang


syaitan akan lari lintang pukang bila azan dilaungkan
tapi manusia boleh lepak dan tido lagi bila azan dilaungkan

syaitan takut bila diancam dgn azab api neraka
tapi manusia masih lagi buat jahat walaupun dah diingatkan berkali-kali

Jadi insaf la kerana manusia sebenarnya lagi jahat dari syaitan yang kita kata jahat...




Read More......




Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8105.msg139480;topicseen#new

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Dhuha
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)

Waktu Zohor
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Waktu Mahgrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isya'
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Waktu Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?
Read More......

Related Posts with Thumbnails