Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...

http://ohduniaku.com/gambar-laut-terbelah-dua-di-korea

Harap tiada yang menyamakan kejadian laut terbelah dua di Korea ini dengan peristiwa Nabi Musa membelah laut. Perkataan terbelah dengan membelah itu sahaja sudah cukup membezakan antara kedua-kedua kejadian alam ciptaanNya.

Fenomena ajaib ini terjadi di Korea Selatan yang di panggil “Moses Miracle”, hanya berlaku 2 kali setahun ketika air surut terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo untuk beberapa jam lamanya. Suatu festival akan diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri pelancong-pelancong dari segala pelusuk dunia ini.

Kejadian laut terbelah dua ini hanya mula disedari pada tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi iaitu duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung ke sana dan memuatkan kejadian di dalam akabar Perancis.

Read More......
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...

Ana tertarik dengan berita ini :-
http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?p=335703


Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....

Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...


Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....


Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...



Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...




Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....


Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....



Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....








Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......


Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...



Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!




Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....


" YA ALLAH......"


Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...




AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...


Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"






Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...






Read More......


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...

Post kali ini..berbicara tentang sahabat baik ana 'kak Solehah'. Malang sekali tak dapat bersama beliau tika ini..
Hm..semalam 4 March 2010, Cuming pergi meninggalkan kami semua. Siapa Cuming? Walaupun dia cuma seekor kucing..tapi dia menjadi makhluk kesayangan kak Solehah. Sering kali kak Solehah berbicara tentang Cuming..

"Tadi akak main2 dengan Cuming"
"Nakal Cuming...tido atas rak buku akak.."
"Akak dah makan, Cuming teman..."
"Malam ni akak nak tido ngan Cuming.."
"Manja Cuming, dia tido kat lengan akak.."

itu lah antara kata2 kak Solehah sewaktu mesej dengan ana...semuanya berbicara tentang Cuming..betapa istimewanya Cuming dihati kak SOlehah..
Ana yang sememangnya mencintai makhluk tuhan yang bernama 'kucing', turut jatuh cinta dengan Cuming..walau tak pernah jumpa..tapi rasa sayang pada Cuming..

Masih segar lagi di ingatan..

"Akak nak keluar, ada urusan tapi Cuming takde kat umah..huhu, tak sedap ati nak keluar..mana Cuming ni..puas akak cari takde. Hm, kena keluar gak. Mudah mudahan Cuming dah ada bila akak balik nanti "

Cuming hilang? ana turut bimbang, mana agaknya Cuming pergi..huhu

"Adik, akak dah sampai umah..Cuming ada dah..hehe, cian Cuming lapar..Dia ada kat dapur..tengah makan"

Alhamdulilah...Cuming ada dah..tak la kak Solehah bimbang sangat.

"Adik, Cuming lemah je..kenapa dengan Cuming..akak bagi makan TF pun dia tak nak, dia muntahkan balik..Badan Cuming lemah...huhu"


Subanallah, Cuming sakit pula..huhu..

"Malam ni akak nak tido dengan Cuming, nak jaga Cuming...cian Cuming, bagi makan tak mau makan..hm, dia tido je sepanjang hari..Cuming tido kat lengan akak, manja Cuming..Akak sayang sangat pada Cuming"

Sampai lewat malam kak Solehah masih berbicara tentang Cuming..
Esoknya..

"Adik..:(, Cuming dah takde.huhu...dia putus nyawa sebelum jam 12 tadi..huhu, sedih..dia mati kat tangan akak...akak nak bagi dia TF..dia tak nak..pas tu, dia muntah..badan dia lemah..dan akak perasan mata hitam dia lain dah"

"Dia nazak kat tangan akak dik...huhu,Cuming tak de dah...Dia dah tinggalkan akak....:("

Ana pun tak sangka...ingatkan sakit Cuming tak serius..huhu, rupanya membawa kematian..Tuhan lebih menyayangi dia...


"Akak nak kebumi Cuming lewat petang cikit..nak tengok Cuming puas2...huhu, Cuming tak gerak2 lagi...Cuming...rindu Cuming"


Susah nak pujuk kak Solehah...sedihnya, tuhan je yang tahu..



Sampai ke tengah malam...Cuming...Cuming....Cuming...semuanya Cuming..

hingga ke ari ini..masih lagi dalam kesedihan..

"Akak nak pergi cepat..nak jumpa Cuming"
"Akak pegang bantal yang Cuming selalu tido"
"Tak selera nak makan, selalu Cuming teman"
"Akak sunyi......Cuming...Cuming ...huhu, Cuming dah tinggalkan akak"
"Akak tak nak sayang kucing lain lagi, sedih sangat..tak sanggup nak rasa kehilangan lagi...huhu, cukup la Cuming yang terakhir...Cuming sentiasa dihati akak...Akak sayang sangat pada Cuming, nak Cuming teman akak di syurga kelak"


huhu...sebak bila kak Solehah cakap macam tu...
Dia benar-benar merasai kehilangan...
Apa pun, ana sentiasa di sisi kak Solehah saat dia suka mahupun duka..
Adik sayang kakak...




Read More......


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum...
Nama : Fatimah Binti Muhammad

Gelaran : az-Zahra'

Nama Timangan: Ummul A'immah

Nama Ayahanda: Muhammad ibn Abdullah

Nama Bonda: Khadijah binti Khuwailid

Nama Suami: Ali ibni Abi Talib

Tarikh Lahir: 20 Jamadil Akhir Tahun Ke-5 Kenabian

Tempat Lahir: Makkah al-Mukarramah

Kembali Ke Rahmatullah: 14 Jamadil Awal Tahun 11 Hijrah

Makam: Pemakaman Jannah al-Baqi', Madinah al-Munawwarah...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sayyidah Fatimah az-Zahra'..

Saidatina Fatimah r.a. merupakan cahaya mata kelima baginda Rasulullah bersama Khadijah r.a. Beliau dilahirkan pada waktu dimana bapanya sering beruzlah di gua-gua di sekeliling kota Makkah untuk beribadah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian makhluk ciptaan Tuhan.
Fatimah r.a. diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”. Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya
dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.
Fatimah memiliki ciri-ciri mirip bapanya, Rasulullah s.a.w. Aisyah isteri baginda pernah berkata : ‘Aku tidak melihat m
akhluk ciptaan Allah yang menyerupai Rasulullah dari segi bercakapan, perbualan dan perlakuan kecuali Fatimah r.a. Apabila Rasulullah nampak Fatimah datang kepadanya, baginda akan mengalu-alukannya, bangun lalu mengucup tangannya, memimpinnya dan mendudukkan beliau di tempat baginda. Fatimah akan melakukan perkara yang sama apabila Rasulullah datang kepadanya. Beliau akan bangun dan menerima baginda dengan gembira dan mencium baginda.



SIFAT TERPUJI..

Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang.
Fatimah r.a. mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu. Apabila beliau berucap,
kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas.


LAMARAN UNTUKNYA..

Pada tahun kedua Hijrah, Fatimah menerima beberapa lamaran perkahwinan melalui bapanya, dan dua daripada lamaran tersebut ditolak. Kemudian Ali bin Abi Talib berjaya menguatkan semangatnya lalu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan lamaran untuk mengahwini Fatimah. Namun begitu, Ali menjadi gementar ketika berhadapan dengan baginda Rasulullah lalu tidak dapat menyuarakan hajatnya. Beliau hanya tunduk ke bawah tanpa berkata-kata. Lalu Rasulullah pun bertanya : ‘Apakah tujuan kau ke mari? Adakah kau memerlukan sesuatu?’ Ali masih belum dapat bersuara maka Rasulullah s.a.w. pun mencadangkan; ‘Adakah engkau datang untuk melamar Fatimah?’
‘Ya,’ jawab Ali. Dengan itu, menurut sesetangah riwayat, baginda Rasulullah hanya menjawab : ‘Marhaban wa ahlan – Selamat datang ke dalam keluargaku,’ dan jawapan ini diterima oleh Ali dan sekumpulan orang Ansar yang menunggunya di luar rumah sebagai penerimaan Rasulullah terhadap
lamaran tersebut. Satu riwayat lain melaporkan bahawa Rasulullah telah menerima lamaran Ali itu dan bertanya kepada Ali sekiranay dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mahr. Ali menjawab tidak. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa beliau mempunyai sebuah perisai yang boleh dijual.
Lalu Ali menjual perisai tersebut kepada Uthman dengan harga empat ratus dirham. Namun ketika sedang menuju ke rumah Rasulullah untuk menyerahkan mahr tersebut, Uthman berkata kepadanya :
‘Aku memulangkan perisai ini kepada engkau sebagai hadiah sempena perkahwinan engkau kepada Fatimah.’ Dengan itu, Fati
mah dan Ali telah dinikahkan kemungkinan sekali pada awal tahun kedua Hijrah. Umur Fatimah pada ketika itu lebih kurang sembilan belas tahun manakala Ali berusia lebih kurang dua puluh satu tahun. Upacara akad nikah telah dilakukan oleh baginda Rasulullah sendiri. Pada upacara walimah pula, para tetamu dihidangkan dengan buah tamar, tiin dan hais (hidangan tamar bercampur lemak mentega). Seorang lelaki ansar yang terkemuka telah menyedahkan seekor kambing manakala beberapa orang yang lain menawarkan gandum sebagai hadiah. Seluruh Madinah meraikan hari yang bahagia itu.
Sempena perkahwinan tersebut, Rasulullah diriwayatkan telah menghadiahi Fatimah dan Ali dengan sebuah katil kayu yang dililit dengan daun pokok tamar, cadar baldu, sebuah bantal kulit yang diisi dengan pelepah tamar, sebuah karung kulit, sebuah tembikar, sebuah karung air dan penggiling untuk mengisar gandum.



SEMUANYA TERUJI..

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.
Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan
Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam
bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian
mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu,
hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang
40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tu
lang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar
gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh
disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi h
amba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan ke
kurangan
dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirin
ya sendiri sering
kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.



PERMATA HATI...

Fatimah melahirkan seorang bayi lelaki pada bulan Ramadhan tahun ketiga Hijrah. Baginda telah mengazankan bayi yang baru lahir itu dan menamakannya al-Hassan yang bermaksud ‘yang indah’.

Setahun kemudian pula Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama al-Husayn yang bermaksud ‘Hassan yang kecil’ atau ‘si kecil yang indah’. Fatimah sering membawa dua orang anaknya bertemu dengan datuk mereka yang begitu menyayangi mereka. Baginda membawa mereka ke masjid di mana mereka sering menaiki belakang Rasulullah ketika baginda sedang sujud. Perkara yang sama dilakukan oleh Rasulullah terhadap cucunya Umamah, anak perempuan Zainab.

Pada tahun kelapan selepas Hijrah, Fatimah melahirkan anaknya yang ketiga, seorang bayi perempuan yang dinamakan Zainab sempena kakaknya yang telah meninggal sejurus sebelum kelahiran tersebut. Bayi ini kemudiannya membesar dan mencipta nama sebagai ‘Perwira Karbala’. Anak beliau yang keempat dinamakan Umm Kalthum sempena kakaknya yang meninggal dunia setahun sebelum kelahiran anaknya itu.

Susur galur keturunan Rasulullah s.a.w. berterusan melalui anak-anak lelaki Fatimah. Kesemua anak lelaki Rasulullah s.a.w. meninggal dunia ketika masih bayi manakala kedua orang anak lelaki Zainab yang bernama Ali dan Umamah turut meninggal ketika masih kecil. Anak lelaki Ruqayyah, Abdullah juga meninggal sebelum sempat mencecah umur dua tahun. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Fatimah mempunyai kedudukan yang istimewa.



PEMERGIANNYA..

Pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh Hijrah, iaitu sebelum Rasulullah menunaikan haji wida’, Rasulullah telah memberitahu Fatimah suatu rahsia yang belum diketahui orang lain : ‘Jibril membacakan al-Quran kepadaku dan aku mengulangi bacaanku kepadanya sekali setiap tahun, akan tetapi pada tahun ini Jibril telah membacakan al-Quran kepadaku sebanyak dua kali. Aku tidak memikirkan yang lain kecuali masaku telah tiba.’

Sekembalinya baginda dari haji wida’, baginda telah jatuh sakit teruk. Hari-hari terakhir baginda sebelum wafat dihabiskan di rumah Saidatina Aisyah r.a. Apabila Fatimah datang menziarahi bapanya, Aisyah akan beredar meninggalkan Fatimah bersama bapanya.

Pada suatu hari baginda memanggil Fatimah. Apabila beliau datang, Rasulullah mencium Fatimah dan membisikkan sesuatu di telinganya. Fatimah pun menangis. Kemudian baginda berbisik lagi ke telinga Fatimah lalu beliau tersenyum.

Aisyah yang melihat perkara tersebut bertanya : ‘Engkau menangis dan ketawa dalam masa yang sama Fatimah? Apakah yang Rasulullah katakan kepadamu?’
‘Rasulullah memberitahuku bahawa baginda akan menemui Tuhannya tidak lama lagi lalu aku pun menangis. Kemudian baginda berkata : “Janganlah menangis kerana engkau adalah orang pertama dari keluargaku yang akan mengikuti jejakku.” Maka aku pun ketawa.’

Tidak lama kemudian Rasulullah meninggal dunia. Fatimah sangat bersedih dan sering dilihat menangis tanpa henti. Salah seorang sahabat mengatakan beliau tidak pernah melihat Fatimah r.a. ketawa setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.
Pada suatu pagi di awal bulan Ramadhan, tidak sampai lima bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Fatimah bangun dari tidur dengan wajah yang ceria dari biasa. Pada waktu tengah hari pada hari itu, beliau dikatakan telah memanggil Salma binti Umays yang sedang menjaga beliau pada ketika itu. Fatimah meminta sedikit air untuk mandi. Kemudian beliau mengenakan pakaian baru dan memakai wangi-wangian. Seterusnya Fatimah meminta Salmah meletakkan katilnya di halaman rumah beliau. Dengan wajahnya memandang ke arah langit, beliau memanggil suaminya, Ali.

Beliau terkejut melihat isterinya yang sedang berbaring di tengah halaman itu dan bertanya jika ada sesuatu yang tidak kena. Fatimah r.a. hanya tersenyum sambil menjawab : ‘Aku ada temujanji dengan Rasulullah s.a.w. pada hari ini.’
Ali mula menangis dan Fatimah cuba menenangkan beliau. Beliau berpesan kepada Ali agar menjaga anak-anak mereka Hassan dan al-Husayn. Beliau juga berpesan agar jenazahnya dikebumikan tanpa sebarang upacara. Setelah itu, beliau memandang kembali ke langit, memejamkan matanya lalu menyerahkan jiwanya ke pangkuan Illahi.

Beliau, Fatimah az-Zahra, hanya berusia dua puluh sembilan tahun.

Read More......

Related Posts with Thumbnails