sumber :- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10421.msg122483;topicseen#new
Salam...
cerita tentang poligami, aduss...naik lemah badan bila dengar, lagi2 kita as kaum hawa kan.hm, ada yang cakap akan dapat payung emas la bila bermadu...tapi tak de bukti yang sahih..
Dan,sebut je tentang poligami..automatik mind kita fikir tentang perkara2 negatif.Tapi bila baca topik kat Halaqah tentang poligami...sedikit sebanyak, mula memandang positif poligami ini.
Ana tertarik dengan hujah yang diberikan seorang halaqian (kak Long Hati) ditopik ini... jom kita kongsi bersama
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ermm seronok dok baca forum yg kali ni punya (kalau nak banding dengan forum2 poligami yg lain tu) bila nampak suatu perbincangan yang matang & kurang dipengaruhi emosi
Pendapat Kak Long....kalau boleh mengelak maka kita cuba la elak poligami ni walaupun hukum membolehkn.
Sebab bab nak berkongsi ni bukan mudah nak kawal perasaan....alangkan kongsi harta benda seperti kereta pun kadang2 jadi gaduh dan kelam kabut...ni kan pulak kongsi suami...
Tapi sebenarnya setiap sesuatu tu ada hikmahnya...dan hanya orang2 terpilih sahaja yang mampu menikmatinya
Hikmah yang termampu Kak Long fikirkan dalam hal poligami ni adalah bahawa setiap sesuatu yang ada atau yg diberikan oleh ALlah kepada kita dalam dunia ni tidak lain semata2 hanyalah PINJAMAN sahaja...kita adalah pengurus nya...Jika kita mampu urus dengan baik maka Dia akan tambah lagi nikmatNya kepada kita InsyaAllah...
Selalu yg menjadi masalah kerana kita beranggapan bahawa apa yg Allah bagi kepada kita ni adalah MILIK MUTLAK kita...contohnya bila Allah kurniakan kita wang yang banyak...kita merasakn wang tersebut milik mutlak kita..sehinggakan kita terlalu sayang (mungkin kikir) nak kongsi dengan mak ayah sedara mara adik beradik apa tah lagi dengan orang luar lain yang tiada ikatan langsung dengan kita.
Sama juga bila Allah kurniakan suami...maka dianggapkan bahawa suami itu milik mutlak yang tak boleh dikongsikan dengan orang lain.
Padahal kalau Allah nak tarik nikmat yg Dia kurniakan kepada kita tu...bila2 masa Dia boleh buat...
Kalau mungkin pun suami itu tidak berkahwin lain...Allah boleh saja mati kn suami tersebut bila2 masa yang Dia nak....maka tidak lah lagi boleh menikmati kebahagian dengan suami tersebut kerana dia dah mati... (Ermm maka betul la apa yg selalu diperkatankan bahawa bila kita ingat kematian maka akan lebih menyedarkan kita )
Maka suami itu bukanlah hak milik mutlak....
Selagi tak melangggar hukum yang Allah telah tetapkan ..Kak Long rasa kita cuba la menjadi seorang yang boleh redha dengan apa yang diberikanNya kepada kita (cakap mudah tapi nak buat (redha) tu perlukan kekuatan diri & sokongan orang lain juga)....kerana apa yang kita nak capai adalah kebahagiaan nun di sana nanti...dunia cuma pentas lakonan maka berlakon la sebaik mungkin moga2 kita boroleh kejayaan yang besar di sana nanti
~ Best wishes ~
wah....caya lah kak long....besh2...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ehee mekacih suka dgn pandangan kak long ;-)
Rasulullah saw. pernah bersabda: "Sunguh, besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya cobaan ; Dan sungguh, Allah Ta'ala apabila mencintai suatu kaum, diuji-Nya mereka itu dengan cobaan. Untuk itu, barangsiapa yang ridha maka baginya keredhaan dari Allah , sedang barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan dari Allah". (HR. Tirmidzi).
Wahhh, adik suka bicara poligami ye(^_^)
cahayalurus
hehe, kak cahaya...xla, ana juz buat panduan and peringatan je (",)
Post a Comment